Epilog 2008...

Aku masih di daerah terlantar Ada bidadari di ruang tenang Namun, aku bukan di daerah syurga Aku letih, bisik hatiku Sudah agak lama aku di sini Sesekali bidadari itu mampir Khabaran diriku ditanya Namun, aku masih lagi di sini Aku lupa, sudah berapa lama Sudah banyak malam aku di sini Terhidu aroma...

Mimpi Anak Pengembala...

Nun. Di rendangan dedaunan beringin Ada susuk anak tertinggung sendiri Kudratnya layu mengembalai nasib Justeru pandangannya makin picing Ada fikiran yang semakin menular Lantaran di dalam hati penuh cita Susuk kecil tapi jiwa anak ini besar Namun, dia hanya anak pengembala Niat di hati ingin mengait...

‘Karang’an Batu...

Esok. Mungkin akan menjadi satu predikamen bagi aku. Sekarang pun, aku dah macam tak tentu arah memikirkan hari esok. Aku harus tidak terburu-buru. Keputusan adalah terserah pada aku. Pening juga ni. Batu, ada kat dalam. Harus dikeluarkan. Tapi jalan keluarnya harus aku pilih. Predikamen. Medikal atau...

Dia Abahku...

Dia Abahku, Susuk tubuh tua itu tidak sedikit pun tertandakan lelah. Kudratnya masih teguh. Raut wajah hitam manis tiada riak gelora, tenang di permukaan. Abahku memang begitu. Aku kagum dengannya. Aku sanjung dirinya. Aku tak boleh dengar, kalau Abahku sedih. Aku tak boleh lihat, kalau Abahku tangis. Aku...

Kita Musafir...

Lahir ke dunia penuh fitrah Rahman Ilahi mengikat aqidah Kejari RahimNya itulah sumpah Setiap mungkar bisa dicegah Hidup di bawah satu kalimah Sujud patuh ternada hikmah Furqan hadir di kala sembah Kelak akhir dikarunia berkah Surga dicita terhimpun pahala Menongkah dosa elakkan neraka Dada tersemat...

Persatuan Pemuisi Mati...

1994 Aku dihantar menjalani satu kursus bahasa Inggeris di Mara Language Academy (MLA), Cheras. Untuk tempoh tiga bulan bagi mengisi masa ‘bulan madu’ selepas selesai peperiksaan SPM, 1993. Wajib – maka kena pergi jugalah, apa boleh buat. Sebenarnya banyak memori kabur atau luput langsung...

Bahasa Hati...

Bahasa hati itu indah, lihat dulu hatinya Kalau tulus lagi seri, maka indah lah kata Jika tidak, kesat lagi kesumatlah bicara Kelak terzahir, dari hatilah semuanya

Alam dan Manusia...

Oh langit yang tinggi, Kamu pernah enggan memikul amanat yang dikemukakan. Kenapa ya? Bukankah kamu sangat luas serta tinggi tak tercapai? Jika dilihat birunya, tiada retaknya. Owh! Kamu khawatir ya. Enggan kelak mengkhianatinya. Oh bumi yang besar, Kamu juga pernah dikemukakan yang sama bukan? Enggan...

« Previous Entries

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.