Oh langit yang tinggi,
Kamu pernah enggan memikul amanat yang dikemukakan.
Kenapa ya?
Bukankah kamu sangat luas serta tinggi tak tercapai?
Jika dilihat birunya, tiada retaknya.
Owh! Kamu khawatir ya.
Enggan kelak mengkhianatinya.
Oh bumi yang besar,
Kamu juga pernah dikemukakan yang sama bukan?
Enggan juga ya?
Bukankah kamu memiliki segala sumber penghidupan?
Jika dilihat isinya, tiada kosongnya.
Ah! Runsing juga kamu ya.
Pengkhianat, gelaran yang tak kena.
Oh gunung yang gagah,
Amanat yang sama juga pernah kamu tolakkan?
Khawatir juga?
Bukankah kamu pasak bumi agar tidak sumbang?
Jika lihat susuknya, tiada bandingnya.
Huh! Dayus juga kamu ya.
Jika tidak amanat, khianatlah ertinya.
Habis, siapa lagi yang sanggup memikul amanat itu?
Maka, tertulislah di Lauh Mahfuz bahawa manusia yang kerdil ini jugalah yang sudi menerimanya.
Ya, makhluk kerdil. Dibandingkan dengan sang Langit, sang Bumi dan sang Gunung. Bangat Kerdilnya.
Aduh! Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.
Imran Abdul Jabar

















