Bila aku lalu depan Menara Orkid, aku terfikir sesuatu

Depan Menara Orkid ada banyak jualan makan – warung, gerai, meja, lori bond. Sangat meriah terutamanya apabila waktu malam. Sangat memudahkan kalau tiada makanan di rumah.

Suasana begini mungkin agak lazim untuk apartment-apartment sekitar ibu kota. Bisnes makan adalah sangat bagus bila ada pasaran sasaran yang tersedia di depan mata.

Tapi, aku selalu terfikir bila aku lalu depan Menara Orkid di malam hari. Sebab aku ada idea…Dah lama dah sebenarnya idea ini bersarang di fikiran aku.

Situasinya begini. Di sekitar Menara Orkid ada banyak blok apartment – flat DBKL, Melur, Mawar, Anjung Seri. Kalau aku kira secara kasar, terdapat tak kurang daripada 15 blok apartment dan flat.

Dan, aku selalu tengok banyak rider penghantar makanan segera seperti McD, Pizza Hut, Domino’s, dan Canadian Pizza keluar masuk apartment. Dalam fikiran aku, dalam satu blok ada ramai orang. Dan, ada orang yang sibuk dan penat. Mereka ini malas nak turun dan beli di gerai. Lebih mudah bila call untuk dapatkan delivery service. Macam aku sendiri…biasanya.

Jadi, aku tertanya, kenapa tak satu pun penjual makanan itu yang implement delivery service. Susah? Tak juga. Upah budak tukang hantar, upah budak jaga telefon untuk ambil order dan letak caj penghantaran sedikit. Operasi terima order, masak dan bungkus aku rasa sama saja.

Kalau di US dulu, restoran cina banyak buat cara ini. Mereka hantar makanan macam mee, bubur dan nasi.

Ada orang lapar, nak makan tapi malas nak tukar baju elok-elok untuk turun beli makanan. Tapi, kalau nak order pizza terasa macam mahal, biasanya minima order pun lebih kurang RM20. Kalau McD pun sama, minimum value meal lebih kurang RM10. Jadi, kalau boleh order nasi goreng kampung dengan air sirap dengan harga RM6 (termasuk caj penghantaran)…aku rasa ada pelanggan yang tukar arah daripada western kepada local.

Ini sekadar idea aku. Aku tak boleh nak buat sebab aku tak buka gerai makanan dan tak akan buka pun. Aku teringin nak tengok orang execute idea ini.

Korang rasa?

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars6 Stars7 Stars (4 votes, average: 6.25 out of 7)
Loading ... Loading ...
30 komen untuk “Bila aku lalu depan Menara Orkid, aku terfikir sesuatu”
  1. :: aku teramatlah setuju… tersangat lah… alasan aku makan MCD yang menggemukkan ialah aku terlalu malas nak menunggu makcik bawah tu masak n beratur panjang… aku lebih senang lalu drive thru MCD n terus balik.. parking terus jalan naik lif…

    :: sbb senang dan cepat nak dpt mcd… kengkadang kite lalu tak sampai 2 menet dah dpt… ni kalau tunggu makcik masak bungkus air mau 15 menet… boring…

    :: kalau ade delivery chamni kan, 10 menet sebelum sampai umah aku dah call order… sampai umah tukar baju terus dah sampai makanan… nak makan pon selesa…

    :: kalau aku ada kedai makan, aku wat la macam ni… nak pulak kalau masak sedap, sure meletop..

    :: aku penah tgk kat korea mende delivery ni, sume bende diorang delivery… contoh i kalau aku nak bagi majalah kat member aku, aku just call budak delivery dia dtg pick n drop… masa aku pon jimat… bayar mahal sikit apa la salahnya… masa kan emas…

  2. nakjaDimande says:

    di kampung aku, Bukittinggi.. hampir disemua rumah makan lokal, bisa pesan antar nasi bungkus, nasi goreng, es buah.. apa sajalah segala ada.. lebih cepat dan tak ada penambahan biaya

    dan tak usah sebutkan alamat lengkap.. cukup beritahu saja rumah berada disekitar mana, lihailah dia cari rumah kita..

    oleh sebab itu KFC Bukittinggi pernah disebutkan sebagai ‘Yang tersepi didunia’ oleh sebuah koran nasional **karena nasi padang tak pernah kalah bersaing :P

  3. Kat apartment yg sy duk skunk ada yg wat bisnes delivery burger.. xtau la maju ke tidak. Kalo pk positif, bagus la ada perniagaan begitu sebab boleh jimatkan kos masa dan kos kenderaan untuk keluar beli makanan. Tapi, housemate sy pulak ckp kalao guna service delivery ni bahaya, sebab, diorg kata, tahap keselamatan dah tak terjamin sebab budak delivery dah tau rumah kita kat mane.. nanti diorg datang skodeng.. aduyaii.. Sebab dulu ade kes kat mane entah surirumah kene rogol dengan penghantar gas memasak. Hormatkan pendirian beliau, kami langsung xgunakan khidmat delivery.. kalo lapar, masak/ beli fast food.

    • Imran says:

      Errm, ada kebenarannya juga. Tapi, kalau nak paranoid kepada segalanya…payah juga.

      Penghantar gas kena masuk rumah (aku pun selalu hati-hati dengan diorg ni).

      Penghantar makanan hanya di depan pintu dan tak perlu buka grill pun. So, secure sikitlah.

  4. Anarm says:

    aku tak pernah pon guna khidmat antar makanan ni. terasa jakun plak bile tgk org lain senang2 je order bende tu bende ni, tup2 terus sampai kat rumah. (aku nk buat, tp tak reti. huhuu..)

    kalau malas nk keluar g mkn, dah tentu aku takkan makan terus. aku lebih suke lepak kat kedai makan, makan sambil layan movie kt skrin besar. untuk tenangkan otak yg seharian bekerja.

    ahh.. dah pukul 6.46am.. 7.30 dah nak bersiap g kerja. lepas punch kad, lepak layan breakfast kt kedai mamak.. pekene roti banjir.. hmmm..

  5. sebaliktabir says:

    menarik bro…rasanya negara lain banyak dah buat benda ni…sebab diaorang usaha lebih dapat lebih pelanggan…kalau statik kat situ memang la untung tak dinafikan, cuma orang kata tu
    “perkhidmatan yang baik menutup kesilapan kecil(yang boleh dimaafkan)”

  6. Imran says:

    improvisasi dan sensitif dengan trend pembelian pelanggan akan juga membantu peningkatan keuntungan.

    cuma servis juga haruslah yang terbaik dan mesra pelanggan.

  7. Sebab ko tak baca lagi…

  8. pernah buat dulu cara ni mere…tahun 97 -98…supply lunch thru all office in KL building…mostly in area dayabumi, dataran, raja laut…memang masyuk habis…the important part of doing this service is the brand…2nd makanan mestilah sedap…

  9. Hazlen Saleh says:

    gd idea. pernah terfikir gak dulu2..

  10. ajin,of course…niaga makan mesti servis bagus + makanan sedap…alwaysleen,tapi tu lah…idea hanya tinggal idea kalau tak dibuat

  11. kat umah aku di sri putramas condo, jln kuching mmg dah lama provide delivery service camni

  12. Khai says:

    tak berapa ok kot kat Malaysia.. peniaga dah semestinya takut nak cuba.. untuk bulan pertama, byk modal nak kuar..

    moto sbijik, peti makanan, bekas makanan yg xkan tumpah, kedap panas, gaji tukang hantar, gaji tukang jga call..

    dah bapa dah habis tu..

    Tapi kalau aku yg ade kedai, aku akan berani ntuk sahut cabara ni.. InsyaAllah..

    • Imran says:

      modal tu boleh adjust bro. since, ini adalah kedai warung atau gerai…tak wajarlah kalau keluar modal tinggi.

      upah rider freelance je. macam mat despatch yang nak carik duit lebih time malam.

      pastu, hantar pun dekat-dekat je…so tak perlu bekas makanan yang canggih. bungkus je pakai plastik dan styrofoam putih tu. kurang 10min dah boleh deliver. masih panas.

  13. cad says:

    bila saya lalu kat menara orkid..teringat rumah lama. erk rumah saya bukan nya kat menara orkid…xpi kira nya area2 ctu gak la. hehe.

    masa kat rumah lama…klu nak suruh org MCD antar..rasa nya payah sikit. klu bagi map pun…diorg takkan pergi. cuz kawasan rumah saya..jenis pendalaman n jalan2 yg berlopak hasil dari kerja2 membuat lebuh raya. (semalam, sy tengok..jalan yg berlopak tu dah ditampal).

    pernah dengar bisness mangkuk tingkat tak? rasanya mangkuk tingkat ni pun servis penghantaran dia terus ke tempat kerja atau rumah.

    aha…

  14. muqri says:

    menarik sgt idea ni..

  15. rNa says:

    search2 ttg menara orkit..
    nk cari ttg harga menara orkit.
    sekali eh mcm kenal plak..

    salam..
    bagus jgk idea ni.. ;)
    maleyu bnyk sgt yg takot.takot tu takot ni..
    tak try lg dh takot.. tu yg jarang nampak melayu maju.. cine gak yg maju jaya.. kt sri gombak fasa 1 aku selalu nmpak cina naik basikal bawak dulang letak sup yg tak bertutup (giler tere balance badan bwk makanan).ala kadang2 tapau simpan makanan sampai sejuk pon..bole je makan.. ade je alasan.. kan. kalo takot kene rogal..kt mane2 pon kalau perogol tu nk rogol dia akn rogol..soooo.. marilah kite ubah pikiran kite yg sentiasa negatif..utk bejaya mcm cina..;)

    korg yg dok menara orkit….tak tau berape harga terkini owner jual umah kt menara orkit tuh.. ;) tumpang lalu yer tuan tanah..

  16. man says:

    aku penah tinggal kat menara orkid blok 45.setahu aku pada tahun 2006 kalu xsilap dah ada org buat delivery.gerai kt depan menara orkid tu.kalu order nasik dan air caj penghantaran kalu xsilap rm1.50.mase tu plg femous nasik bubur kat gerai dpn sklai.tapi skrg dah xde dah.dah lama dah..

Sedikit kata daripada anda

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.