Pelancaran Buku Pertamaku!

Pelancaran Buku Teknik Suntingan Foto Terbaik

Lama sungguh tak update blog. Ini kerana sebelum ini agak terkekang dengan server lama yang tak perform dengan baik. Terlalu lembab. Alhamdulillah, sekarang sudah pindah server. :)

Minggu lalu, di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), buku tulisan saya yang berjudul Teknik Suntingan Foto Terbaik telah selamat dilancarkan. Buku ini diterbitkan oleh PTS NetMedia dengan isi kandungannya diambil daripada ebook Volume 1. Ya, kandungannya adalah sama cuma sedikit perubahan layout dan gambar. Versi bercetak ini juga tidak disertakan CD, bermakna tiada kandungan lain seperti yang terdapat di dalam CD ebook.

Buku tersebut mempunyai 160 halaman berwarna dan dijual pada harga RM30. Dengan kualiti cetakan serta penuh berwarna, maklumbalas yang saya terima adalah sungguh memberangsangkan! Murah, berpatutan, kualiti dan berbaloi.

Syukur! Sepanjang tempoh PBAKL, pihak penerbit melaporkan bahawa buku tersebut telah terjual sebanyak 1000 unit (termasuk jualan online oleh saya sendiri). Alhamdulillah.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh PTS – “200 Judul Paling Laku Dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012″, Teknik Suntingan Foto Terbaik berada pada tangga ke-22 daripada 200 judul paling laku. Not bad!

Kepada siapa yang masih belum memiliki salinan buku ini, anda masih boleh membuat order online daripada saya sendiri. Atau, dapatkannya di kedai-kedai buku berhampiran.

Book Launch @ Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC
By Imran Abdul Jabar  |  View on Facebook
Info Lanjut

Urusan Order/Pos Kembali Seperti Biasa

Salam semua,

Setelah kembali dari cuti raya yang agak panjang. Kini urusan order/pos akan berjalan seperti biasa. Hari ini saya akan poskan semua order yang tertunggak sebelum cuti raya tempoh hari.

Kepada yang berminat untuk membuat order baru, silalah berbuat demikian dengan mengisi borang order yang terdapat di:

Sekian untuk makluman semua ;)

Info Lanjut

Fotoku dalam DCM September 2011

Alhamdulillah, foto HDR yang dishoot masa kat Melaka tempoh hari berjaya diterima untuk ruangan Hot Shots dalam majalah Digital Camera Malaysia (DCM) isu September 2011.

Sunset petang tu sememangnya sangat cantik. Kebetulan ada sebuah excavator terbiar yang boleh dijadikan subjek foreground yang menarik. Jadi, inilah hasilnya setelah dijadikan imej HDR.

Imej besar boleh dilihat di > http://500px.com/photo/1319345

Tersenyum sebelum masuk raya :)

*Sebelum ini…Foto aku terpampang kat Fresh photos at 500px, July 25th
*http://500px.livejournal.com/1243308.html (beware of mature content)

Info Lanjut

Salam Aidilfitri

Salam AidilFitri
2011 | 1432H

Buat semua yang mengenali – famili, saudara-mara, sahabat-handai, rakan taulan, rakan sifoorian dan semuanya yang sentiasa menyokong diri ini.

Selamat Hari Raya AidilFitri buat kalian. Mohon maaf zahir dan batin sekiranya ada yang terusik dan tersinggung sedar mahupun tidak.

Untuk urusan order ebook Kompilasi Teknik Suntingan Foto Terbaik Volume 1 dan Volume 2, anda semua masih boleh membuat order dan pembayaran. Walau bagaimana pun, urusan penghantaran oleh pihak Poslaju telah berhenti sejak hari Isnin (22hb Ogos 2011). Sesiapa yang telah membuat order dan membayar, diharap dapat menunggu selepas cuti sambutan Aidilfitri.

Saya akan bercuti sehingga Selasa, 6hb September 2011. Penghantaran order yang tertunda akan bermula selepas daripada tarikh itu. Harap maklum.

Ikhlas,
Imran Abdul Jabar

http://imranabduljabar.com


Original design & khat by ImranAbdulJabar (Please honor).

Info Lanjut

Yes! Volume 2 akhirnya terbit.

Alhamdulillah. Setelah berhempas-pulas menyiapkan Ebook volume yang kedua ini, akhirnya siap juga.

Halaman untuk ebook kali ini lebih banyak berbanding dengan volume yang pertama kerana ada sesetengah tauk mempunyai explanation yang lebih panjang dan detail. Ebook kali ini juga dipecahkan kepada empat (4) bahagian iaitu Portrait Editing, High Dynamic Range, Tones & Effects dan Landscape Editing.

Saya sangat berharap ianya dapat membantu meningkatkan pengetahuan serta kemahiran pembaca.

Untuk info lanjut mengenai Ebook: Kompilasi Teknik Suntingan Foto Terbaik Vol. 2, sila buka laman berikut:
http://imranabduljabar.com/ebook-ktsft/kompilasi-teknik-vol-2

Reviu Pembeli setakat ini:

Amran Othman

Alhamdulillah, isi kandungan yang menarik…dan amat berguna. Terima kasih Sifoo.com n tahniah! ~ KTSFT Vol 2

Hilmi Laden

Saya dah dapat ebook tue, baru bukak dan tengok sekali imbas, sangat kemas & layout yg sgt menarik, isinya tentunya sama bermanfaat macam ebook yg pertama dulu, terima kasih kerana hasilkan ebook berkenaan cara edit gambar mcm tue..memang dah lama mencari. ~ KTSFT Vol 2

Mohd Rizuan Razali

Cayalah sifu Imran!!! Satu lagi karya terbaik!!! Bila nak kuar volume 3 plak? 10 bintang saya bagi.~ KTSFT Vol 2

Mohd Hazrin Ismail

Content yg lebih jelas. Mudah difahami bahasanya ~ KTSFT Vol 2

Combo Package juga boleh didapati sekiranya ingin membeli Vol 2 dan Vol 2 sekaligus, sila order di sini:
http://imranabduljabar.com/ebook-ktsft/ebook-vol-1-2-combo

Info Lanjut

Tarikh Release Vol. 2 Tertunda

Salam semua!

Nak update kepada semua, terdapat sedikit penangguhan kepada tarikh release Ebook KTSFT Vol 2 yang dirancang pada 25hb Julai 2011. Ini adalah kerana last minute saya mendapat beberapa jemputan mengajar di Melaka dan di Tanjung Malim serta jemputan menyertai pameran fotografi di UniKL. Oh tak lupa juga penganjuran Outing BackPack Sifoo.com yang telah berlangsung pada 23hb Julai lepas.

Artwork saya yang dah diprint atas canvas

Pameran di UniKL

Walau bagaimana pun, semalam saya dah berjaya siapkan hampir 98% KTSFT Vol 2. InsyaAllah segala urusan release dan penghantaran akan bermula minggu depan. Doakan segala kelancarannya.

Saya sedang menyiapkan packaging dan juga promotional graphic untuk pelancaran Vol 2.

*Jika anda berminat dengan printing digital di atas canvas, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Info Lanjut