Selamat Hari Guru / Pendidik

Salam semua,

Minggu ini kita menyambut Hari Guru sempena mengingati jasa golongan pendidik terhadap pembangunan ilmiah dan sahsiah diri. Terima kasih kepada semua individu  yang telah memberi sedikit atau banyak ilmu serta didikan pada diriku.

Info Lanjut

Menantikan Vol 2?

Salam semua,

Huh…lama betul menunggu kemunculan Kompilasi Teknik Suntingan Foto Terbaik (KTSFT) Vol 2. Setelah banyak kali tertangguh-tangguh akibat cabaran-cabaran yang mendatang, kali ini saya sedang dalam proses menyiapkan Vol 2 dengan agak lancar.

Insya Allah saya akan usahakan untuk melancarkannya di awal bulan Julai 2011.

Ini adalah sedikit teaser / sneek peek progres penerbitan Vol 2. Untuk tatapan anda semua dan juga untuk semangat saya menyiapkannya.

Tajuk-tajuk di dalam kompilasi ini akan saya reveal kemudian nanti. Yang pastinya, banyak teknik yang menarik dan menjadi permintaan ramai.

Sabar-sabar menunggu. ;)

Info Lanjut

Notis: Urusan Order Terlewat

Salam semua,

Just nak beritau beberapa order ebook yang telah selesai pembayarannya akan mengalami sedikit kelewatan proses penghantaran. Ini disebabkan laptop saya masuk bengkel (panel lcd patah :( ). Saya akan cuba cari jalan untuk selesaikan proses order ini seberapa segera.

Jika tak sure atau ada pertanyaan untuk kepastian, sila hubungi saya di 019 262 5156.

Sekian. Harap memahami.

Info Lanjut

Salam Ramadhan 1431H

Sekali lagi Ramadhan menjelma dan kita semua pun hadir di dalamnya. Semoga kita semua sihat dan dipermudahkan perjalanan melaksanakan ibadah sepanjang Ramadhan kali ini.

Terima kasih atas sokongan anda kepada saya.

Bagi yang bertanya akan kemunculan Ebook Vol. 2, ianya masih belum sempurna. Kehadiran cahayamata yang ketiga – Iris Farisha Imran sedikit sebanyak menuntut perhatian dan masa yang lebih daripada saya.

Nampaknya saya tak dapat nak siapkan dengan kadar segera. Juga tak mahu kualiti terjejas dek kerana nak cepat siap. InsyaAllah, saya akan siapkan juga dengan kadar yang tak berapa laju ini. :P

Oh ya, sebagai ole-ole dari Sifoo.com, dua design t-shirt akan mula dijual pada minggu hadapan. Nantikan pengumuman rasminya di Sifoo.com dan di Facebook Sifoo.com. :)

Sekian. Jumpa lagi.

Info Lanjut

Ebook KTSFT Vol.1 Masih Boleh Diorder!

Salam semua,

Saya sudah kembali ke KL selepas mengajar kursus Illustrator hampir seminggu di Instun, Behrang Ulu, Perak. Jadi, Ebook boleh diorder seperti biasa.

Untuk Vol.2, saya masih lagi mencari-cari ruang masa untuk menyiapkannya dengan segera.

Dalam pada masa yang sama, saya juga sedang berfikir-fikir untuk mencetak buku Vol.1. Mencari tempat yang sesuai dan terbaik serta harga yang sesuai untuk print buku grafik full-color. Kalau ada yang sesuai, nanti saya akan umumkan versi real buku!

Sekian.

Info Lanjut

Pemberitahuan: Out-Station

Salam semua,

Saya akan berada di luar kawasan daripada 22hb hingga 25hb Jun 2010. Sekiranya, anda ingin membuat tempahan ebook (pakej rm90), sila buat segera dan saya akan proseskan penghantarannya pada hari Isnin, 21hb Jun.

Tempahan yang dibuat di dalam tempoh 22hb hinga 25hb Jun akan diproseskan penghantarannya pada 26hb Jun.

Walau bagaimana pun, tempahan utk pakej RM55 (download sahaja) boleh dibuat seperti biasa.

Sekian. Harap maklum.

Terima kasih.

Info Lanjut