Tiga kan?
Cuba 27 – 7 x 2 = ?
[,]
Ini kisah aku dan ilmu hisab. Dah lama aku nak kongsikan kisah ini sebenarnya baru kali ini aku berkesempatan. Orang kita, rata-ratanya agak fobia dengan subjek ini. Entah di mana silapnya. Mereka kata orang kita sangat lemah dalam subjek ini.
Masa aku nak sekolah dulu, mak aku pernah berazam nak hantar aku ke sekolah cina. Katanya, kalau di sana aku akan pandai matematik. Tapi, abah aku masukkan aku ke sekolah melayu. Jadi, aku tak pandai matematikkah? Baca lagi.
Di awalan sekolah, matematik aku biasa-biasa saja. Gred A dan B, kira bolehlah. Dalam peperiksaan UPSR aku dapat B dalam subjek tersebut. Seingat aku, ada berapa perkara dalam matematik yang mengelirukan aku.
Masuk peringkat menengah pula, matematik aku masih lagi seperti biasa. Di tingkatan satu, aku berjaya mendapat A (tak ingat A1 atau A2). Tetapi apabila masuk tingkatan dua dan tiga, gred matematik aku seakan-akan ditimpa bencana. Makin diajar makin tak faham. Sudahnya, gred purata aku adalah di sekitar C5, C6, P7 dan P8. Cuma tak pernah F9 (gagal) sahaja.
Aku berfikir, adakah nasib aku akan jatuh di dalam kata-kata stereotaip bahawa orang kita lemah dalam subjek itu.
[,]
Lagi sebulan nak menduduki peperiksaan percubaan SRP, aku terdengar bahawa Guru Penolong Kanan, En. Aris akan menganjurkan kelas tambahan matematik khusus. Beliau hanya akan menerima sepuluh orang pelajar sahaja. Aku pun bergegas mendaftarkan diri. Alhamdulillah, masih ada kekosongan. Kelas tambahan tersebut dibuat di rumah beliau selepas waktu persekolahan.
Pada sesi kelas yang julung kalinya, En. Aris memberi jaminan bahawa tidak ada siapa antara sepuluh orang ini yang akan gagal di dalam subjek matematik. Itu yang aku nak dengar kerana ada di antara kami yang sememangnya tak pernah lulus. Berdebar juga sebab kami cuma ada tempoh sebulan untuk mengulangkaji sukatan pelajaran tiga tahun.
Cukup tempoh sebulan, kami semua menduduki peperiksaan percubaan. Keputusannya, aku mendapat gred A2! Wah, aku sangat gembira. Ini bukan nasib, ini adalah usaha aku sendiri untuk menguasai subjek ini.
Akhirnya, di dalam peperiksaan SRP yang sebenar, aku berjaya mendapat gred A1. Yang lebih menggembirakan aku ialah aku yakin aku jawab semua soalan dengan betul! Tiada yang salah.
Sejak dari itu, aku sangat meminati matematik. Sebab ianya sebenarnya mudah.
Seterusnya, gred di dalam SPM juga sangat baik, Alhamdulillah. Aku juga mengambil matematik sebagai minor semasa membuat ijazah kejuruteraan mekanikal.
Jangan salah sangka ya. Aku bukan nak berlagak pandai dengan gred. Ada sesuatu yang ingin aku kongsikan. Baca lagi.
[,]
Bila aku fikir semula, kenapa En. Aris boleh ajar aku dalam ’sekelip mata’? Kenapa daripada guru lain, aku gagal menguasai teknik-teknik matematik?
Jadi, aku berfikiran, selain daripada disiplin pelajar itu sendiri, guru sangat memainkan peranan di dalam kes ini. Guru yang tak pandai mengawal kelas, bercakap dengan papan hitam, guru sebenar bercuti dan diganti dengan guru sandaran (yang dibuli oleh pelajar), guru yang tidak kreatif di dalam memahami keperluan pelajar.
Bagaimana En. Aris mengajar kami sampai kesemua sepuluh orang lulus di dalam SRP? Beliau mengajar secara terus (straight-forward) dengan teknik yang sangat mudah dan pantas untuk dilakukan. Pendek kata, cara orang di universiti (tapi dimudahkan bagi kami di peringkat sekolah).
Kenapa pula orang kata sekolah cina lebih bagus mengajar matematik? Aku rasa kuncinya terletak pada teknik mereka mengajar. Bukan kerana kaum.
Sistem pengajaran matematik di sekolah akan menjadikan kita bermasalah apabila kita tertinggal penguasaan di peringkat asas. Ini kerana pengulangan perkara asas adalah kurang apabila kita naik tahun (tingkatan).
Walau apa pun, latihan yang sangat banyak akan menjadikan kita lebih faham dan lebih menguasai.
[,]
Dua ditambah satu. Menanti yang tiga.


















yes..betul tu..sbnr nya math is fun..kalu kena cara dan teknik,seronok bljr math ni sbb leh main dgn angka yang kdg2 sgt unik..lg pun kehidupan seharian kita x leh lari dari angka kan??
tu lah. sayangnya, ramai yang awal2 lagi dah mental block.
sy dulu pun ms pmr mmg teruk gak,x bape minat math,tp lps masuk mrsm mgkin cara,teknik cikgu ngajor tu lain..sape sangka dpt gak A1…
tu aaa, teknik ngajar tu penting sebenarnya. kat mrsm mmg lagi special la, sebab cikgu2 dia mmg best.
masa matric dulu, cikgu math aku cina, dia ckp kalau kerja aku xyah mark gerenti semua betul punya. hehe bukan nak eksen cuma melayu boleh, banggala cikgu cina ckp cmtu …
elok jugak bicara pasal "pendidikan". sedar atau tidak, pendidikan di negara kita (primary & secondary) amat berasaskan "gred" peperiksaan (exam-oriented). Mungkin ada bagusnya, tp, agaknye tidak keterlaluan kalau saya kata, system pendidikan yang 'terkongkong' ini mungkin antara penyebab anak-anak bangsa kita lambat melihat 'keupayaan' mereka dlm bidang lain, terutama skill untuk "hidup". Di negara kita anak2 dibebankan dgn buku teks pelbagai. Sgt berbeza dgn sistem pendidikan di sini (NZ). Anak2 beriya nak pergi sekolah,school is fun, tiada buku teks, tiada "pressure" untuk dpt gred terbaik pun. Saya diberitahu oleh guru kelas Amir (anak sulung), mengatakan Amir terpilih untuk masuk program khas, yg mana program ni bertujuan untuk melihat ke mana arahtuju amir mengikut minat dan fokus amir sendiri di masa akan dtg.. Isn't that amazing? seawal itu mereka sudah cuba identify "minat" dan "kebolehan" anak-anak untuk masa depan anak2. Then, baru-baru ni terbaca dalam CEA (Chemical Engineering Australia, Oct'09), mengatakan 25% pihak industry tidak berpuashati dengan quality graduates- inability of the graduates to relate theory and practice (26%) and poor critical thinking (26%). Bygkan, kalau sistem pendidikan kita yang setakat nak lulus dgn gred terbaik, secara menghafal buku2 preston dan sbgnya, peratus untuk 'poor critical thinking' tu mungkin boleh berganda dr statistic Australia! Ataupun, mungkinkah quality graduates menurun kerana "terpaksa" melakukan kerja yang bukan "minat" mereka?? Belum lagi kita sentuh cara-cara mengajar yang terlalu 'spoon-fed' di peringkat IPTA!
~~sekadar pandangan biasa~~
fariza… saya setuju… kenapa sekolah kat mesia ni tak seronok.. dah la kes sosial makin meruncing… takut nak anta anak2 pegi sekolah…
Cikgu Aris tu masih lagi ada ke?
@sara, wah…u mmg hebat!@fariza, yes…yes…and yes! so true. siapa 'think tank' negara kita ek?@haidi, takut tapi still terpaksalah kan.@amir, apsal? ko nak gi belajar dgn dia?
27 – 7 x 2 =? brapa jawapan dia
amir, jawablah…
Imran, xdela hebat … klu minat semua jadi senang …Amir, jawab jgn x jwb hehe …
sepatutnya soalan tu kena ade kurungan kan (7×2)..selesaikan darab dulu pastu br tolak..
syam, kalau ada kurungan senang nampak. kalau takde kena hati-hati. kan?
tapi rasa tak dapat gak ..tolong lah..pening dua hari dah nie
cess…A. 40B. 13C. 0D. 14pilih.
Imran, kesian amir pening 2 hari pikir, bgjela jwpn hehe
B
La aku ingat dia boleh kuat 3..siot la ko org berdua..yang si sara mcm tahu..hehhehe…
heheheheheh…