Ebook Vol. 2 Bermula

Pertama sekali syukur Alhamdulillah di atas sambutan yang sangat baik untuk Ebook Kompilasi Teknik Suntingan Foto Terbaik (KTSFT) Vol. 1. Terima kasih kepada semua yang telah membeli dan memberi sokongan kepada pelancaran ebook tersebut.

Lebih menarik lagi, ramai yang menghubungi saya dan bertanyakan tentang Vol 2. Wah! Dah khatam Vol. 1??? :)

Maka dengan penuh semangatnya, saya telah pun mula mengumpul material untuk Ebook KTSFT Vol. 2. Jadi, saya ingin membuka peluang kepada anda untuk mencadangkan teknik-teknik “istimewa” yang perlu dimasukkan di dalam Vol. 2 nanti.

Nota: Saya hanya akan masukkan teknik istimewa sahaja di dalam Ebook KTSFT. Sekiranya, teknik yang asas dan biasa-biasa, saya akan berikan secara percuma di dalam Sifoo.com.

Antara teknik-teknik yang sudah terkumpul di dalam senarai KTFST Vol. 2:

  • High Dynamic Range (HDR)
  • Pseudo-HDR
  • Painting Style
  • Watercolor Style
  • Vintage
  • Ala-Movie: 300
  • Dodge & Burn

Saya harap dapat mengumpulkan dalam 20-30 teknik di dalam Vol. 2 itu nanti yang dirancangkan untuk dilancarkan di dalam bulan Ogos nanti. Insya Allah.

Terima kasih sekali lagi untuk semua di atas sokongan untuk saya menulis.

13 comments

  1. xsabar ni..bila mau kluar?

  2. Thanks Sifoo Imran. Ebook volume 1 selamat saya terima minggu lepas.
    memang terbaik. banyak tone yang saya nak ada dalam cd tue.
    Cadangan untuk volume ke 2 kalo boleh selitkan cara mengaplikasikan penggunaaan channel. menarik untuk diteroka. satu lagi tentang retro style sebab rasanya ada yang meminati efek sebegini. picture profile kat dalam facebook sifoo tu best kalo dapat tau tutorial dia. banyak lak demand. sekadar memberi idea. ebook volume ke 2 for sure saya pilih!

  3. Mohd Rashidi Isa

    wah…besh nie..yg bila nk kuar nie..?

  4. Siti Athirah

    request teknik vector composite effect….hope dpt letak skali teknik ni dlm e-b0ok vol.2
    tq.

  5. Erzan Abdullah

    bro..teknik yg ada gambar thierry henry rambut afro tu lawa…harap dapat diselitkan jgk…

  6. Syed Adie

    Kalau boleh, bagi le discount kt sape2 yg dah beli Vol.1 hehe :)

  7. Setia menanti vol.2

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree