Peristiwa Sepetang di Kaki Banjaran Titiwangsa Bersama Azmi dan Alina

“Bateri kau ‘kong’ ni…”

“Aku baru je servis kereta ni, takkanlah ‘kong’”

Terbantut rencana untuk menumpang kereta Alina untuk keluar lunch. Nampak gayanya andaian Alina tentang kekerapan keretanya diservis tidak tepat. Sepatutnya, keretanya diservis sempurna. Tapi, realitinya petang itu air bateri keretanya kering-kontang.

Mungkin mekanik pusat servis kereta ‘terlupa’ untuk mengisinya. Atau, Alina terlalu beranggapan baik terhadap servis yang diberikan kepada kereta beliau. Atau, Alina adalah tipikal pemandu perempuan. Atau, Alina serupa macam aku. Tak ambil tahu.

“Aiseh, naik kereta aku jugaklah…” Ngomel Azmi.

“Kita pergi makan dulu, nanti petang kita tengokkan kereta tu.” Sambung Azmi lagi.

[,]

Petang.

Matahari mulai tergelincir sehingga hampir ke paras ketinggian Banjaran Titiwangsa. Aturcara kami bertiga untuk hari itu telah pun tamat. Masa untuk pulang. Tapi sebelum itu, kereta hitam Alina harus dihidupkan.

Dengan berlatarbelakangkan lukisan alam yang begitu tenang sekali di kaki Banjaran Titiwangsa, Azmi mengeluarkan wayar hitam dan merah. Lalu, bateri kereta merah dan bateri kereta hitam dihubungkan.

“Macam Transformer.” Kata Alina.

Aksi kami bertiga menarik perhatian mata-mata yang memerhati. Sedang kereta hitam ‘menghisap’ nyawa daripada sahabat merahnya, seorang yang berpakaian seragam putih berhenti menegur kami. Azlan, pengawal keselamatan yang ramah dan prihatin. Kami senang dengan kehadiran beliau. Walaupun hanya sekadar bertanya dan berbual-bual menemani kami. Macam-macam yang kami bualkan. Azmi banyak bertanyakan tentang sungai dan air terjun yang berhampiran. Mungkin mahu masuk ke hutan lagi si Azmi ini.

Kereta hitam masih lagi tidak mahu hidup. Mungkin baterinya tak dapat diselamatkan lagi.

“Kita cuba satu kali lagi. Kalau tak boleh, kita ke pekan beli yang baru.” Cadang Azmi.

Sambil menunggu percubaan kali yang terakhir, kami berempat masih lagi berbual. Terutamanya Azmi. Tiba-tiba Azmi menyuarakan satu soalan. Soalan yang bagi aku, pasti akan menimbulkan rasa salah sangka sehingga akan terpacul jawapan yang kami tak mahu dengar.

“Kat sini ok ke? Tak banyak ke gangguan-gangguan?” Bunyi soalan daripada Azmi.

Aduh. Aku fikir mesti saudara Azlan itu mesti membuat andaian tentang isu ‘gangguan non-human‘. Ternyata sangkaan aku tepat sekali.

“Banyaaaak.” Dengan selamba saja beliau menjawab.

Hmmm. Maka fokus petang itu telah beralih daripada masalah bateri kereta hitam kepada kisah non-human di kaki Banjaran Titiwangsa. Aku sememangnya arif tentang kisah ini kerana kali pertama aku menjejakkan kaki ke daerah di kaki banjaran tersebut ialah pada tahun 2000. Sembilan tahun yang lalu. Aku pernah mendengar kisah-kisah tersebut. Aku cuba buat tak endah. Tapi aku tak pernah menginap walau satu malam pun di situ. Aku sanggup berulang-alik daripada KL ke daerah situ. Tak cukup berani terutamanya bila menginap sendirian.

Antara saspens dan menarik, kami ‘menemu-ramah’ juga beliau dengan soalan-soalan ‘ingin-tahu’ kami. Makin ditanya makin berdiri bulu tengkuk kami. Terutamanya tentang kisah seorang staf yang pernah diculik oleh entiti non-human dan dibawa masuk ke dalam hutan di kaki banjaran tersebut. Menurut Azlan, sekarang dah kurang sikit gangguannya kerana banyak entiti non-human tersebut telah pun dibawa keluar. Banyak juga katanya..pakai sebuah bas dan sebuah van! Tapi masih ada lagi yang tinggal. Terutamanya di atas menara tangki air di belakang sana.

“Juga, selagi pokok tu tak dibuang…” Kata Azlan sambil memuncungkan bibirnya menunjukkan sebatang pokok hutan yang berada betul-betul di belakang kami.

Mata kami semua tertumpu tepat ke arah sebatang pokok yang berada di belakang kami tadi. Memang lain daripada pokok yang lain. Memanglah lain, sebab pokok lain adalah pokok yang ditanam sebagai penghias landskap. Azmi sempat mengimbas kembali pada hari semalamnya. Beliau seorang diri berada di situ kerana terpaksa mendapatkan line internet. Seram jadinya.

“Errmm…Ya lah. Ada sesuatu yang menarik kat pokok tu.” Komen si Alina, membuatkan suasana petang semakin kurang selesa.

[,]

Petang semakin lewat.

Setelah kembali dari pekan untuk mendapatkan bateri yang baru buat kereta hitam Alina, Azmi cuba untuk menggantikannya. Tapi malang lagi, kerana kali ini spanar saiz 10 tidak ada – dalam kereta hitam mahu pun kereta merah. Tambah malang lagi, petang sudah semakin lewat, tiada lagi orang-orang yang lalu-lalang. Hanya sepi berlatarbelakangkan Banjaran Titiwangsa dan ditemani sebatang pohon misteri. Kali ini, mata kami tidak lagi cuba untuk menatapi pohon tersebut. Bicara kami tidak pernah menyentuh tentang pohon tersebut. Tumpuan diberikan sepenuhnya untuk menggantikan bateri kereta sebelum matahari terbenam. Sebelum daerah ini menjadi sangat gelap.

Azmi meninggalkan aku dan Alina. Dia pergi mendapatkan spanar saiz 10.

Tiba-tiba muncul Azlan – pengawal keselamatan berseragam putih. Macam tahu saja kami dah sampai dari pekan. Masih lagi seperti tadi, tersenyum manis dan sungguh mesra. Masih lagi seperti tadi, hanya menemani kami sambil berbual tanpa menghulurkan tangan untuk membantu.

[,]

“Aku kena balik KL lah malam ni. Ada hal yang perlu disetelkan.” Beritahu Azmi pada aku.

“Ah, kalau kau balik, aku tak nak duduk sini sorang-sorang.” Balas aku sambil membayangkan peristiwa petang tadi.

“Ok. Kalau camtu, kita balik KL kejap. Malam nanti kita datang balik.”

[,]

“Wey! Kau tau tak brader tadi tu?” Ujar aku memecah suasana sunyi perjalanan ke kota KL.

“Sebenarnya dia tu dah tak ada…” Beritahu aku pada Azmi yang sedang fokus memandu.

Tergamam sebentar si Azmi.

“Ye ke??? Mana kau tau?”

“Aku tanya Faizal la…sebab aku tengok brader tu macam misteri je. Bila kita ada situ, dia pun ada situ. Tak tolong pun, just temankan kita berbual je…”

Cerita daripada Faizal – staf di daerah situ – melengkapkan peristiwa sepetang di kaki Banjaran Titiwangsa. Menurut Faizal, Azlan sememangnya pengawal keselamatan di situ beberapa tahun yang lalu. Tetapi beliau dikhabarkan telah hilang diculik dan dilarikan oleh entiti non-human ke dalam hutan di kaki banjaran. Terasa sejuk kulit yang sawo matang ini.

Perjalanan ke kota KL terisi dengan ulasan-ulasan menarik antara aku dan Azmi berkaitan peristiwa petang tadi.

“Alina perlu tau kisah ni. Nanti esok aku tuliskan dalam blog.”

[,]

Tapi, pengabaian harus dipertimbangkan juga kerana aku dan Azmi sungguh bijak memikirkan idea kisah-kisah yang menarik ketika berbual di dalam kereta menuju ke kota KL. :P

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars6 Stars7 Stars (3 votes, average: 7.00 out of 7)
Loading ... Loading ...
45 komen untuk “Peristiwa Sepetang di Kaki Banjaran Titiwangsa Bersama Azmi dan Alina”
  1. bluefrog says:

    cerita tipu ke..?? lerr…

  2. anep says:

    bley thn..

  3. abe says:

    boleh tahan cerita nih.. kalau diperkembangkan lagi boleh dijadikan sebuah cerpen yang menarik

  4. OMG OMG OMGBiar benar!!!!!!! weh.selama sepanjang tu kita borak ngan sapa?????????biar benar serius ke ni??

  5. een,kau kena beri perhatian kepada ayat-ayat yang terakhir tu…

  6. :P baru ingat nak rasa teruja:P

  7. hehe…takpejust bayangkan jesebab keesokannya Azmi pergi cek untuk kepastiandan konfem Azlan tu masih lagi berkerja seperti biasahaha…alangkah peliknya kalau cereka di atas betul2 berlaku

  8. Ili Syazwani says:

    OMG OMG OMG OMG OMG JUGA OMG GILA SERAM OKAYYY…. TAKNAK GI SITU LAGI.

  9. boleh je gi situ lagi…bleh jumpa Azlan

  10. Ili Syazwani says:

    taknak. nanti jadi betol.

  11. la la la …sejak first aku jejak kaki ke sanatahun inilah pertama kali aku bermalamitu pun sebab ada temankalau takde…jangan haraplah. haha

  12. takpe imran.'mereka' yang kat situsemua da kenal kau.takyah risau dah.

  13. agaknya azlan tu da 'lama' kenal ko kot imran….

  14. rozinorazali says:

    di mana ni, bangi?
    aku suka penempatan nya..

    • Imran says:

      bukan di bangi
      tapi di kaki banjaran titiwangsa

      • rozinorazali says:

        si azmi tu amang kan? ni masa bengkel AI ke? kaki banjaran titiwangsa yang lebih spesifik kerana banjaran titiwangsa menjalar hingga gunung ledang dari thailand dan sebenarnya ia di anjur dari banjaran himalaya yang puncak tertingginya ialah gunung everest…

      • Imran says:

        amang le. kaki banjaran tu kat satu daerah di sempadan selangor dan perak aka tg malim.

  15. @alina,haha…diorg yang tak risau…aku masih risau@freak,haha…nanti aku tanya azlan

  16. :: wakakakkaaa… hahahahahhahaaaaa

  17. :: sempoi… tp bebetul cuak bile terpandang tangki air tu time tengah malam aku isap okok kat balkoni…

    :: tp kalau bebetul ancik azlan itu orang jelmaan, mau tergamam kite sampai kl… turun keta macam orang kene sampuk… eeeee seram aku…

  18. Ili Syazwani says:

    tapi tempat tu mcm aman tenteram. een, pi lah servis kete hang.

  19. :: kalaulah AZLAN tu AZLAN yang hilang… maka, sampai arini la aku terbaang… kepalanya botak, badannya gempal… senyummm manjang… seb baik

  20. Hazlen Saleh says:

    xkisah la ending or nota kaki tu tulis apa pun. mcm mana pun tetap best!

  21. akira says:

    hoh.. ni ke kesah nye..
    huhuh..mereamang gak la bulu roma aku..
    hahaha…
    tapi dari penulisan tu da memang bagi hint ble cakap die juz borak je..tanpa tolong pape..
    adoi…scary… grgrgrgrg :-ss

  22. shida says:

    erk.. aku masih konpius la..
    kisah benar??

  23. -Ring 0- says:

    waaa..dasyat susunannya..
    meremang gak bulu tengkok aku ni..
    perh..

  24. abeku says:

    Giler..nie ..nasib baca waktu siang…suku tang mane yang betul?

  25. hegira says:

    First2 baca memang ingatkan betul!

    ceh hampa.

    Tapi tabik lah imran. Kau boleh ingat yang detail2. Sangat observan.

  26. huh..mcm novel..bole masuk surat kaba ;)

  27. terima kasih. surat khabar ek… hehe.

  28. MZ FOTO says:

    Ada kisah benar yang hampir 99% sama dengan kisah ni. Kisahnya macam ni, sekumpulan guru berkursus di sebuah motel. Semasa dalam dewan, terdapat seorang guru lelaki yang katanya dia datang kerana menggantikan tempat seorang guru yang tak dapat hadir (memang adalah guru yang tak dapat hadir tu) Dan sepanjang kursus ini, cikgu ni memang ramah dan begitu baik. cuma waktu peserta kursus makan, dia tak turut sama-sama makan. dan pada malam terakhir dia menyanyikan sebuah lagu lama (pohon beringin kalau tak silap). Akhir cerita, ada seorang guru yang telefon sekolah di mana guru ini kata dia mengajar kat sekolah tu. Tapi pihak sekolah tak adapun guru yang di maksudkan itu mengajar di sekolah itu..Tapi..memang ada seorang lelaki yang nama seperti mana nama ‘guru mesteri’ itu yang selalu datang bermain dengan guru-guru pada setiap petang di padang sekolah itu sebelum ini. lelaki ini memang baik, tapi dia dah lama meninggal akibat kemalangan.

Sedikit kata daripada anda

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.