Profail

Imran Abdul Jabar – Pengasas laman web Sifoo.com, Sumber Grafik & Multimedia Malaysia yang telah beroperasi sejak awal tahun 2000. Setelah 10 tahun, Sifoo.com masih lagi aktif menyediakan ruang perkongsian ilmu grafik dan multimedia kepada pengunjungnya. Kini, ianya di dalam satu proses penaikan-taraf untuk menghidangkan sebuah platform yang lebih baik lagi.

Saya meminati seni visual sejak daripada zaman sekolah lagi tetapi tidak pernah mendalaminya secara serius. Hanya sekadar minat dan suka-suka.

Secara pendidikannya, saya mendapat ijazah di dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal daripada Virginia Tech University, USA pada tahun 1998. Oleh kerana minat, saya mula belajar Adobe Photoshop dalam tahun 1997. Ketika itu, Photoshop versi 3.0. Pada mulanya, saya aktif menghasilkan laman web.

Kerjaya saya bermula pada penghujung 1998 di sebuah syarikat multimedia yang menghasilkan produk courseware. Sejak itulah saya bergelar sebagai designer dan pernah berkhidmat di beberapa syarikat sehingga tahun 2005.

Disebabkan Sifoo.com sangat aktif di sekitar 2001-2003, saya juga telah mula menjadi trainer kursus secara sambilan. Antara kursus yang saya boleh kendalikan ialah Photoshop, Illustrator, Flash, Dreamweaver, Reka Web, WordPress dan InDesign.

Kini, saya menumpukan kerjaya sebagai trainer kursus dan menulis secara sepenuh masa di samping masih lagi meneruskan minat di dalam seni visual terutamanya di dalam grafik, fotografi dan photo-editing.

Anda boleh berinteraksi dengan saya di:

5 comments

  1. tahniah bro mmg brbangga la tgk hasil kerja lu,, !!! kite pernah jumpa kan???

  2. yatie zaki

    salam Bro..
    nak tanya nih… EBook ada stock lagi tak?..sy berminat & teruja nak membelinya nih…tolong…

  3. salam bro, hambo nk tanya. action tu untuk apa? kurang faham dan ngerti la

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree