Salam Ramadhan 1431H
Sekali lagi Ramadhan menjelma dan kita semua pun hadir di dalamnya. Semoga kita semua sihat dan dipermudahkan perjalanan melaksanakan ibadah sepanjang Ramadhan kali ini.
Terima kasih atas sokongan anda kepada saya.
Bagi yang bertanya akan kemunculan Ebook Vol. 2, ianya masih belum sempurna. Kehadiran cahayamata yang ketiga – Iris Farisha Imran sedikit sebanyak menuntut perhatian dan masa yang lebih daripada saya.
Nampaknya saya tak dapat nak siapkan dengan kadar segera. Juga tak mahu kualiti terjejas dek kerana nak cepat siap. InsyaAllah, saya akan siapkan juga dengan kadar yang tak berapa laju ini.
Oh ya, sebagai ole-ole dari Sifoo.com, dua design t-shirt akan mula dijual pada minggu hadapan. Nantikan pengumuman rasminya di Sifoo.com dan di Facebook Sifoo.com.
Sekian. Jumpa lagi.



Hwaa.. Iris sudah sadar kamera
putri Abah memang
hehe. lagi foto2 di fb ye kak
met puasa buat semuanya