Terpempan.
Tapi itulah kehidupan. Semuanya tak terjangka. Yang datang akan pergi. Yang hidup pasti mati. Yang pergi dan yang mati pasti dikenang. Semoga dikenang segala kebaikan yang pernah dilakukan.
[,]
Hmmm, membuatkan aku terfikir sejenak.
“Apakah resipi ceritera filem Malaysia?”
Kalau diperhatikan filem Hollywood, ada satu ciri yang selalu muncul di dalam filem mereka (tidak semua). Ada putih dan ada hitam. Bukan warna filem tapi warna aktor. Gandingan aktor utama selalunya mesti ada yang berkulit putih dan berkulit hitam. Kalau Jackie Chan atau Jet Li berlakon di dalam filem Hollywood, mereka mesti digandingkan dengan aktor berkulit putih atau hitam seperti Owen Wilson dan Chris Rock.
Mungkin itu resipi filem Hollywood – acuan Amerika.
Di dalam filem Yasmin Ahmad, adunan pelbagai aktor bangsa yang berbeza kulit dan rupa meletakkan dirinya sebagai pembikin filem Malaysia. Bukan filem Melayu. Bukan filem Cina. Bukan filem Tamil. Ramai yang menyifatkan beliau sebagai seorang yang mempunyai semangat patriotism yang tinggi. Aku tak pasti, sebab aku tak pernah jumpa beliau. Aku hanya kenal hasil karya beliau sahaja. Aku setuju beliau adalah aktivitis pembikin filem Malaysia.
Bukan sekadar di dalam filem, malahan di dalam hasil karya iklan-iklan komersil. Bila kita ingat nama beliau, kita akan ingat iklan Petronas di musim merdeka dan di musim perayaan. Ada cerita yang nak disampaikan. Ada mesej yang perlu kita telan.
Mungkin ada orang perasan dan berkata, “Eh! Aku pernah bacalah jalan cerita iklan ni kat Internet. Tiru ni…”
Aku rasa bukan itu yang penting. Itulah peranan penglipurlara. Menceritakan kisah-kisah sedia ada, berulang-ulang kali. Semakin diulang semakin menarik. Sambil mengadaptasikan jalan cerita sedia ada dengan situasi semasa. Aku juga setuju beliau adalah seorang penglipurlara di layar.
Lebih utama ialah kita yang mendengar kisah-kisah tersebut. Mana iktibarnya. Mana sempadannya. Kesempurnaan itu terletak kepada penerimaan seseorang terhadap sesuatu. Orang kata “Tiada yang sempurna.” Beliau kata “Terimalah ketidaksempurnaan itu dengan cara yang terindah.”
[,]
Al-Fatihah buat Yasmin Ahmad, seorang penglipurlara, kata mereka dan kata kita semua.
“Beautifully imperfect”

















yeahh.. tu die.. pst dr abg sipu kite..
hehe.. pasni xde lg la iklan petronas yg best2..
hehe. tq
Mungkin ada penerus legasi Yasmin Ahmad.
sentuhan kabir bhatia pun not bad..mungkin dia penyambung yasmin..wallahu’alam
ya, mungkin.
kebaikan didunia harta disana..
tapi sayang, ada pihak yang amik kesempatan di atas publisiti kematian beliau.
thanks Imran, this is beautiful indeed
Embedded with this entri adalah video iklan Funeral.http://imranabduljabar.com/satu-pergi-dan-masih-ramai-lagi-yang-datang/
aku pun tahu | http://bit.ly/15aOQu
yah…dia terlalu hebat dalam class dia sendiri.. semua orang akan mengingati iklan2 petronas dan aku rasa semua iklan dia senang melekat dalam kepala orang ramai..hehehe…
dan aku jugak setuju..khabir bhatia bakal pengganti dia… hope industri filem Malaysia makin terus maju
kerana kita rindukan seorang penglipurlara…
Al-Fatihah buat Yasmin
mirip pepatah jaman dulu
mati satu tumbuh seribu
patah tumbuh hilang berganti
lam kenal
salam kenal kembali.
harapnya, yang jatuh ke bumi tidak dilupakan.