Kecil dulu aku pandai kecek Kelate’, aku lahir di Besut. Jangan gelar aku orang Ganu, sebab aku bukan, mak bapak aku juga bukan. Tumpang sebentar.
Bila lima tahun, aku diam di tanah pertanian – Serdang. Aku orang Selangor, senang cerita. Dari aku lima tahun hingga sekarang, orang tua aku masih diam di situ. Aku lihat tanah itu terbangun. Dulu orang KL kata Serdang itu “jauh gila”, tapi sekarang semua orang tak heran lagi.
Aku rasa aku sederhana. Macam orang lain. Mudah. Tak menyusahkan orang lain, orang pun tak susahkan aku. Tapi jangan buat aku marah, sebab aku tak suka. Aku tak suka marah. Tak bagus.
Aku ‘budak sains’. Istilah zaman sekolah. Walau aku pernah tak pandai ‘kira-kira’, tapi aku minor Matematik. Aku pandai Fizik, tapi tak pandai Kimia. Lalu, aku lulus dalam kejuruteraan. Tapi, aku tak pernah jadi jurutera, aku tak pandai juga tak mahu. Jiwa kacau juga ya?
Dari sebelah kiri aku melintas ke sebelah kanan. Kiri tempat analitik. Kanan tempat artistik. Aku di mana? Aku pernah di kiri, sekarang aku di kanan. Kadang-kadang aku ke kiri semula. Adakala, aku di keduanya sekali. Aku apa?
Aku’lah!
hehe..
nampaknya saudara imran ni lahir gi ganu.
org ganu doh tu…
aku lahir di kelate, membesar pun di kelate.
salam perkenalan ye saudara imran.
huhu, aku dah cakap kat atas tu…
“Jangan gelar aku orang Ganu, sebab aku bukan, mak bapak aku juga bukan.”
tapi salam perkenalan juga.
oooo… bukan org Ganu. lahir je la Besut tu. apa2hal pun, aku pun pilih titik kanan jugak. tapi tidak lah ke kanan jalan dalam lagi.
sebab aku masih lagi di permulaan titik kanan. hehehe..
salam mr Imran..
salam perkenalan
laman nie bgus untuk saya dan orang ramai nak tmbh pengetahuan..
klu saya nak jemput mr Imran untuk khusus multimedia 2 hari kat johor agak berapa nak charge??
Hiiiiiiiiiii…
Nak comment on ‘aku bukan org ganu’…
Guess what! It just occured to me,when u were little (around 2 yr plus), u talked like Irfan. Tertib n tersusun je…Buttt…I remember you pronounced AYAM as AYANNGGGG. Heeeeeeee…u were sooo Ganu back then ….
opsss…
hehehe…tapi ye ke?
bukan ke orang besut cakap ‘aye’?
SALAM PERKENALAN…
CUMA NAK TANYA IMRAN DULU BERSEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DI MANA … DI SERDANG JUGA KE…SAYA ASAL ORANG SERDANG, SEKOLAH RENDAH DI SEK.KEB.SERDANG, SELANGOR…
Ya,
Adakah anda seseorang yang bernama Rohaya bt Kidam?
Anda merupakan satu lagi ‘tangan’ yang mungkin dapat dikagumi.
Gembira bertemu.
‘Tangan’ ini menyambut anda. Gembira. Dan, terima kasih juga.
Assalamualaikum.
Salam kenal Bang:), aku dapat lihat jejakmu di ladang ilalang nya Bundo NakjaDimande…
Ingin menyambung tali link ke blog ini, makasih…
Wa alaikumussalam Rita,
Salam kenal juga dan terima kasih kerana sudi menyambung talinya.
Salam… bang Imran,
banyak pengalaman anda… saya minat nak tanya.. boleh datang Kuantan tak. ajar budak gomen kat office. 33 orang kira gitu. kalu boleh berapa ongkosnya… gomen bayar, maybe tahun 2010. tinggallah no talipon dalam email saya TQ
meow,
dah diemailkan. harap dapat follow-up. nak juga ke kuantan tahun depan.
salaam bro imran…
dulu saya titik kiri, tapi skrg nak menuju titik kanan same as u gak bro.titik kanan-artistik tu dr kecik minat tapi org tua suh pilih titik kiri sains lah konon.jiwa kaco serabut serabai br nak lukis titik kanan.thanks for ur blog and sifoo.com yg sangat ilmiah…sangat berguna utk org bertatih cam saya.
salam, erm. kita semua ada titik-titik yang menentukan garisan kehidupan.
semoga berjaya
salam sifuu..minat giler website ni… Tak tdo di buatnye. PS software kt umah hang gara2 download solid techring. Tlg bg nasihat sbab software beli yg pirate ..bkn tkde duit..baru nk jinak2 nanti bila dah pandai cdg nk beli yg ori..nak tahu apa beza yg ori..teringin sangat2 nk beli dn nk jadi mcm anda…harap tolong..(website lain yg selalu jengah http://www.hongkiat.com)
Salam…aku tok tahu pon mung kecik2 buleh kecek kelate..