Besut, Terengganu
Aku lahir pada satu hari sebelum Seychelles menyertai PBB, dan tiga hari selepas space shuttle Enterprise di’roll-out’kan. Enterprise menjadi nama kapal angkasa di dalam siri Star Trek ciptaan Gene Roddenberry.
Serdang, Selangor
Tempat aku dibesarkan. Asalnya hanya terkenal dengan perlombongan bijih dan juga tanah pertanian. Dulu terasa macam sangat terpencil tapi sekarang sudah maju. Pendidikan awal aku adalah di SK Serdang, SRK Seri Serdang dan SM Seri Serdang.
Kuantan, Pahang
Akibat mendapat keputusan yang agak baik di dalam SRP, aku terpaksa berhijrah ke Kuantan untuk melanjutkan pelajaran. Dua tahun aku berasrama di Medan Tok Sira, Kuantan – MRSM Kuantan.
Bangi, Selangor
Akibat mendapat keputusan yang agak baik pula di dalam SPM, aku diamanahkan oleh TNB untuk menempatkan diri aku di IKATAN – ILSAS (Kini, lokasi UNITEN). Dua tahun juga aku di situ – tempat yang dahulunya sangat sepi. Kalau nak keluar ke pekan kena ‘hitch-hike’ sebab bas hanya akan lalu selang dua jam. Kini? Depan pagarnya adalah lebuhraya SILK.
Blacksburg, Virginia
Selesai dua tahun di IKATAN, aku terpaksa berhijrah lagi. Kali ini lebih jauh sebab kena naik flight. Ini pun atas amanah yang aku pegang dengan TNB, sebab TNB biaya aku. Jadi, terbanglah aku ke sana. Dua tahun juga aku bermastautin di sana, menyempurnakan tugas pembelajaran aku untuk mendapatkan segulung ijazah. Ijazah di dalam bidang kejuruteraan mekanikal.
Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur
Aku pernah berkerja selama 5 tahun di jalan yang bersempena dengan nama kapitan Kuala Lumpur yang terakhir (1889-1902). Isteri aku juga masih berkerja di situ, di jalan yang sama. Banyak kenangan di situ – banjir, seram, kemalangan, kawan-kawan, kerjaya, macam-macamlah.
Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur
Aku di sini sekarang. Daripada zaman bujang sampailah terus menetap di sini. Anak-anak aku pula memulakan sejarah hidup mereka di daerah ini.
sentul kat mane?
menara orkid?
Ya, menara orkid.
Wahh.. rupanya aku satu sekolah dengan otai grafik Malaysia! kagum dan bangga.. hehehe
Arif, sekolah yang mana satu?
en.imran sungguh berseni orangnya..
thanks sha.
mula kenal sifoo.com dr lec..tahun 2005.mula kesini dah nampak betapa hebatnya sifoo..sejak 2,xpenah lupa nak jenguk kesini.
salam ziarah n kenalan. bro imran, saya mahu menuntut ilmu grafik dengan sifoo boleh.
salam. insyaAllah boleh.
sekolah SM Seri Serdang….. hehe
haha..dekat ler kite..saye dok kat Flat Sri Perak..;-p