Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimanakah Sifoo.com ini bermula? Siapa punya idea? Bagaimana pula Sifoo.com ini boleh bertahan sehingga menjangkau 10 tahun di persada internet Malaysia?
Salam kepada semua!
Baiklah, mari saya cerita sedikit tentang bagaimana Sifoo.com bermula. Semuanya bermula daripada diri saya sendiri sekitar tahun 1998-1999.
Sifoo.com dilahirkan berdasarkan minat yang mendalam (passion) terhadap seni dan teknologi grafik serta keinginan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman (sharing concept).
PRA-SIFOO.COM
Saya mempunyai minat yang mendalam terhadap ’seni lukis’ terutamanya dengan lukisan kartun. Pendek kata, saya memang suka melukis. Akan tetapi masalahnya ialah saya menyambung pelajaran saya di dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Virginia Tech, USA. Tidak ada kena mengena dengan dunia grafik, seni dan multimedia kan? Kalau dilihat secara langsung, memang tiada kaitan. Tapi kalau dilihat daripada perspektif lain, ada kaitannya…
Apa kaitannya? Teknologi. Sekitar tahun 1996-1998, teknologi internet di Malaysia masih belum berkembang pesat seperti sekarang. Bukan tiada internet, tapi ianya belum menjadi satu yang rutin. Jadi, apabila saya dihantar ke Virginia Tech untuk menyambung pelajaran, secara otomatiknya saya terdedah kepada teknologi tersebut.
Pendedahan itu menyebabkan saya melihat betapa menariknya teknologi internet ini. Maka, saya menjadi pengguna internet secara normal dan tetap. Satu hari, sahabat saya, Izral Faris yang ketika itu berada di Rensselaer Polytechnic Institute (RPI) menunjukkan laman web peribadinya. Izral Faris jugalah yang bertanggungjawab memperkenalkan Adobe Photoshop kepada saya (ketika itu versi 2.5). Maka, saya terasa teruja dan mula berminat untuk menghasilkan laman web sendiri.
1998, final year (senior year), saya lebih menumpukan eksplorasi saya di dalam dunia internet, grafik dan web. Saya mula menghasilkan laman web. Saya mula terlibat dengan ‘cari makan’ dengan membuat grafik dan web untuk pihak universiti. Saya mula membina ‘network’ dengan melibatkan diri dengan ruang ‘chat’ – medium yang sangat famous ketika itu. Saya bertekad untuk menerjunkan diri saya di dalam dunia rekabentuk grafik.
Ogos 1998, setelah tamat pengajian (lulus, alhamdulillah), saya mula mencari kerja. Apabila penaja saya iaitu Tenaga Nasional Berhad melepaskan saya daripada ikatan kontrak biasiswa kerana krisis kegawatan ekonomi, saya terus membuat panggilan kepada satu syarikat yang membuat iklan di satu akhbar. Syarikat itu adalah Multimedia Synergy Corporation (MMSC). Di sinilah saya memulakan karier saya di dalam bidang rekabentuk grafik. Saya ditempatkan di dalam satu projek pembangunan courseware bagi UNITAR (di mana saya berkerja dan berkenalan dengan Jepf-Baung.com, raven-corepixel.com, issey, CastD dan ramai lagi).
Dalam tahun itu jugalah saya memulakan projek peribadi saya iaitu sebuah laman web yang menyediakan tutorial penggunaan photoshop, flash dan dreamweaver di dalam bahasa melayu. Semua tutorial ditulis sendiri oleh saya. Alhamdulillah, laman web saya yang pada ketika itu diletak di dalam Geocities.com mendapat sambutan yang baik. Terlalu baik.
Lahirnya Sifoo.com
Sambutan yang baik itu menyebabkan saya melangkah setapak lagi dengan melahirkan Sifoo.com. Proses ini dibantu oleh seorang sahabat saya iaitu Hahasrin Hashim (daripada projek UNITAR). Ketika itu saya sudah berkerja dengan sebuah syarikat yang membangunkan projek Tele-Perubatan Malaysia.
Fakta:
Domain Sifoo.com didaftarkan pada 3 April 2000
Pada peringkat permulaan, Sifoo.com hanya menyediakan artikel, sorotan terkini dunia grafik dan jaringan kepada laman web yang berguna. Tiada ruangan interaksi. Kemudian, di atas permintaan ramai, Sifoo.com mula memperkenalkan ruangan forum bagi memudahkan interaksi dan perkongsian ilmu.
Sifoo.com – Sebuah Komuniti Web
Ruangan forum yang ada telah menyebabkan pengunjung Sifoo.com mendaftarkan diri dan saling berinteraksi sesama sendiri. Perkembangan ini melahirkan sebuah komuniti web. Ahli-ahli Sifoo.com (kini digelar Sifoorian) mula berinteraksi di luar dunia internet. Antara program luaran yang pernah dijalankan ialah:
Kini, Sifoo.com mempunyai pengkalan data keahlian sebanyak tidak kurang daripada 20, 000 pendaftaran. Sifoorian masih lagi aktif di dalam talian mahu pun di luar talian.
Antara nama-nama yang pernah aktif di Sifoo.com sebelum menjadi terkenal dengan hasil kerja masing-masing ialah:
Saya rasa gembira kerana ramai juga yang jumpa saya dan mengatakan mereka bermula di Sifoo.com. Alhamdulillah! Sesungguhnya setiap pekerjaan yang baik itu tidak akan dipandang sia-sia oleh Allah, jika kita terus bersabar.
Merentasi Cabaran
Cabaran? Huh…itu semua perkara biasa. Lumrah kepada apa juga usaha yang kita laksanakan. Sifoo.com juga tidak sepi dengan cabaran. Pernah juga saya dilemparkan dengan kata-kata negatif, dikatakan tidak layak untuk berkecimpung di dunia grafik (sebab saya budak engineering), ada yang mengatakan usaha Sifoo.com ini tidak akan ke mana-mana dan sebagainya.
Saya sentiasa positif kerana niat utama saya bukanlah untuk membuat keuntungan wang ringgit. Seperti yang disebut pada awal penulisan ini, saya sangat minat dengan berkongsi ilmu. Itu sahaja yang sangat penting.
Menjangkau 10 Tahun
Kini, sudah hampir 10 tahun Sifoo.com di persada internet Malaysia. Harapan saya semoga segala ilmu yang pernah dikongsikan dapat memberi manfaat (kalau tak banyak, sedikit pun kira Alhamdulillah).
Saya akan cuba memberikan yang terbaik untuk anda semua pengunjung Sifoo.com. Saya mengharapkan Sifoo.com akan melangkah terus dengan sokongan anda semua. Insya Allah.
Teruskan sokongan anda!
IMRAN ABDUL JABAR
Pengasas Sifoo.com
Artikel dipetik daripada www.sifoo.com
Asssalamualaikum,
Bro imran, saye ni lepasan spm, sebelum ni taktau nak tentukan ceburi bidang ape, tapi saye amat minat dalam bidang bidang yang melibatkan computer ni, tapi, lepas baca artikel ni, u give me a lot of inspiration. thanks.
salam hakim,
minat kena terus, jangan sekerat jalan.
good luck
boss…tahniah…moga ALLAH sembuhakan dan sabarkan anta dengan ujianNYA
thanks ayus.
Nampaknya kite ni lebih kurang sama minatnye, belajar benda lain, last2 buat benda lain. =)
selagi ada kemahuan, insyaAllah boleh.
salam..
Saudara saya telah mengikuti dan mengenali sifoo.com sejak tahun 2000 sehingga sekarang. Masih ingat lagi pada tahun 2001 ada projek akhir e-commerce yang mana saya telah gabungkan flash + photoshop dan Alhamdulillah projek saya antara yang terbaik pada masa itu. Berkat usaha gigih saudara meletakkan tutorial flash dan photoshop di Sifoo.com kini saya agak mahir menggunakan flash dan photoshop walaupun hakikatnya saya juga dari bidang yang tiada kena mengena dengan multimedia. Sifoo.com antara satu-satunya web yang mengandungi tutorial dalam bahasa melayu.
Terima kasih banyak-banyak ^^ hanya Allah yang dapat membalas jasa baik saudara..
iklas
zamdotcom
Alhamdulillah.
Mengetahui kesan baik daripada usaha saya yang sedikit itu, saya rasa berpuas hati dan syukur kepada Allah.
*Kerana ada juga orang lain yang tidak nampak ini semua.
salam…
Bro, saya nak ucapkan tahniah coz sifoo.com sampai ke tahap skrg. Saya mengikuti perkembangan sifoo.com sejak dpd awal lagi sehinggalah sekarang dan banyak yg telah saya pelajari dpd sifoo.com. Dpd ‘0′ sampailah ke skrg, Alhamdulillah saya boleh mengatasi setiap masalah dalam penggunaan Photoshop.
Sehingga kini, walaupun kebanyakan produk yg saya hasilkan telah pun melangkaui ke negara luar, tp saya takl pernah lupa jasa sifoo.com yg telah banyak mengajar saya erti design.
Tq Sifoo.com.
Tahniah! Dan terima kasih atas sokongan juga.
hehe.. ingat tak masa kita terlari dan terkejar2 sebab org bank nak tengok office sifoo.com?
i appreciate those moments… namecard pun simpan baik2 lagi… wish u all the best in life..
orang treasury yang cekik darah…mintak sponsor itu ini. hmmm…rupanya cam gini gaya buat projek dengan gomen.
Dulukan masa zmn2 saya blaja di UTeM…laman sifoo la tempat sy mencari n menggali kalo tugasan berkaitan photoshop…flash… alhamdulillah sgt2…diulangi sangat2 membantu…sampai skang sy masih gunakan medium sifoo.com sbg tpt sy menambah ilmu…
Alhamdulillah. Semoga sukses!
Tahniah saudara Imran, jarang ada rakyat malaysia yang benar2 komited menyediakan portal seumpama sifoo.com sehingga kini menjadi tempat rujukan yang boleh dibanggakan. Sejak portal ini diperbaharui dengan kelebihan yang tiada pada masa itu. sifoo.com melangkah setapak demi setapak menuju kegemilangan. InsyAllah
InsyaAllah akan melangkah lagi. Sedang dalam rangka perancangan untuk maju setapak lagi.
Terkejut jugalah selepas membaca dan baru mengetahui orang terkenal seperti Irfan Khairi dan Saiful Nang adalah Sifoorian! Sesungguhnya Sifoo.com memang power ar..
Teringat semasa saya diperkenalkan oleh kawan saya sekitar tahun 2004, tapi ketika itu saya hanya mengambil sikap acuh tak acuh shj. Sehinggalah sekitar tahun 2006, saya gagal memahami dan membuat beberapa teknik perisian Photoshop, maka saya ke Sifoo.com untuk menimba ilmu! sememangnya berbaloi! akhirnya asigment mendapat pujian.
dan saya sentiasa mengikuti Sifoo.com semasa menajadi pelajar sehinggalah bergelar grafik artis! masih lagi menimba ilmu di Sifoo.com…
Terima-kasih Sifoo.com
Arif,
Alhamdulillah. Itulah tujuan aku buat Sifoo.com. Sedikit atau tidak, harapan aku agar dengan perkongsian ilmu di Sifoo.com, dapatlah membantu hidup seseorang.
Selagi ilmu itu dimanfaatkan.
Mechanical Engineering person yang minat graphic and arts , banyak cabaran kan ? same as me … we share same experience i think ..
Ya. Tapi kalau kita yakin dengan apa yang kita boleh buat, insyaAllah boleh berjaya.
En Imran..u ada tak emel add ur friend si Izral Faris tu..if u do please emel ya..thanks
Cik Angel,
Cuba cari dia kat Facebook.
BAGAIMANA ANDA TAHU NAMA PENUH SAYA???
Saya ingat.
terima kasih krn masih mengingati saya…
sekadar mengimbas detik-detik manis ketika di bangku sekolah, dan main cinta-cinta monyet…..tapi semua itu sudah lama berlalu…
hehehe..salam kebenaran.
sesungguhnya bersyukur ke hadrat ilahi, kerana saudara telah banyak membantu.Walaupun hamba nieh sekadar design kotak2.hahahaha…..teringat kisah lama tuh.mula2 kenal sifoo, aku dan si cacing7 lah yang suka menyibuk dan menghotkan suasana di sifoo.com, tahun 2000 rasanya xpun 2001 sampai terlupa dah. Lepas tue aku masuk praktikal di sifoo multimedia.hehehee..timbullah perkataan design kotak2..apapun ku hargai jasamu dan jasa sifoorian yang bnyk membantu menaikkan mentaliti minda in..terima kasih.
Botak,
Terima kasih kembali.
Salam…
Tahniah, perkara yang hebat tidak semestinya datang dari manusia yang hebat tetapi selalunya daripada usaha yang maha hebat…
Salam.
Semuanya atas usaha. Benar sekali!
Bro, maaflah komen disini..
tak tahu nak contact bro macam mana…
saya buntu ni fikir pasal printing..
Saya ada buat design buku (Yearbook nipis)
Kos telah lama ditetapkan coz dulu kawan saya ada syarikat printing sekarang dia dah migrate, sebab tu dulu saya caj design buku untuk fakulti saya murah2 sahaja..
Detail buku
Size : A5
Warna : Berwarna (full colour)
Paper : Glossy Art Paper/Met Art
Binding ; Staple binding
pages ; 40 pages with full colour
naskah dicetak : 80 buah buku
Since bro mahir dengan kerja design ni, bro tahu tak anggaran kos buku saya ini? dan dimanakah printing yang boleh saya print.. Boleh berhubung di email saya aweeff@gmail.com
maaf komen disini tidak tahu kat mana mahu lagi bertanya, alang2 bro sifoorian tidak salah rasanya saya bertanya pada sifoorian..
aslakum..sy ni stdy kt instut kmhran..n ambk bhagian design ni,,tp mslahye skrg sy mnat sgt bhagian ni tp xtaw nk smbung kt mane..blh sifoo bgi cdngan..k trma ksh..