[I]
Di saat hampirku terbang. Satu panggilan yang tidak tersangka memecah kesepian. Suara yang pernah sentiasa mengetuk gegendang telingaku, kini kedengaran lagi. Aku tiada pasti, ingin menyahut panggilan itu.
Ku sedang menapak, selangkah terus selangkah. Ku lupa langkah ku jejak. Jejak masa tak mungkin kembali. Jejak kenangan hanya di dasar hati. Namun, panggilan itu menemukan “suatu masa”. Rindu ku tahan. Pahit ku telan. Ku tak mengharapkan apa-apa. Panggilan itu terus saja datang setiap masa. Mengetuk pintu rinduku, berat.
Aku harus ringan. Kerna, aku harus mampu terbang.
[II]
Kini aku seperti terbang. Seperti watak Mukhsin. Panggilan pertemuan itu rupanya khabar gembira. Aku senyum lagi. Aku suka pelukan memori itu.
Aku suka perjalanan malam mengelilingi kota. Aku suka ada suara mengisi ruang telinga. Aku suka itu. Aku suka ini. Aku suka segala.
Basah, tangan ku pimpin. Lembut,kucupan tangan di malam. Gembira, sangat ku rasa. Seperti mengharapkan ini abadi.
Tak percaya, tapi sedang terjadi ku.
[III]
Ingat, saat memandang ke langit malam. Mengharapkan bintang dapat menjadi perantara nanti. Aku gementar, aku harus terbang.
Tersentak! Dek kerna masa, ku akur. Masa itu bulan. Sekejapan sahaja singgah. Namun, aku syukur atas panggilan itu. Masanya sudah tiba.
Aku terpaksa terbang. Aku ditinggalkan tiga bulan.
p/s: Usah berenti lagi memberikan ku ilham. Terbang ke langit, senyum ku.
[*nota]
Tulisan lama, dipindahkan daripada ruangan blog yang lama.
November 7th, 2008
















